Thursday, September 15, 2016

FAQs for Educamp & Life in UTP

Assalammualaikum and hi everybody. 

Fatin ada terima banyak sangat soalan2 untuk educamp dan kali ni Fatin nak terus jawab.

Kadang2 Fatin ada yang Fatin sempat reply dan kadang2 jugak tak sempat nak reply sebab masa tu maybe Fatin tengah busy dengan finals and so on. Maaf dan harap korang faham ye :)

1) Apa yang calon buat waktu Educamp?

Waktu Educamp ni ada tiga test; CSPQ, TSA & interview.

CSPQ tu ujian berkaitan dengan diri korang sendiri, takde betul atau salah, semuanya berkaitan korang sendiri. 

TSA ialah ujian berfikir which stand for Thinking Skill Assessment ( if I'm not mistaken ). Ujian TSA ni ada sikit2 math dan memerlukan korang untuk berfikir. Masa Educamp please bawa your own calculator for your TSA test.

Interview masa turn Fatin dulu individual ( interviewer tanya soal diri Fatin, kenapa pilih course tu, pengetahuan apa yang Fatin tahu tentang course yang Fatin apply ni ). Tapi kalau tak silap sekarang dah berbeza sikit sebab nak jimat masa so interview in group. Tapi Fatin nasihatkan korang well prepared jelah sebab berbeza setiap kali educamp.

Individual interview: Macam turn Fatin dia tanya tentang soal diri Fatin, kenapa pilih course tu dan pengetahuan mengenai course tu. Kadang2 ada time dia bagi study case ( isu2 negara, etc ) and discuss about that case.

Interview by group: Korang akan diberikan satu study case, dan setiap sorang kena elaborat tentang study case tu. Korang kena aktif bercakap sikit sebab kadang korang dapat group partner yang pandai bercakap lagi2 korang pendiam.

Tujuan interview ni nak tengok, whether you guys able to communicate well in English. Dont mind your grammar, just speak out what you have to say based on your case study given. Pastikan korang bercakap jugak masa interview tu.

Korang boleh refer documents yang korang kena download, dalam tu ada semua berkaitan dengan Educamp tests, apa yang korang kena bawa and so on. 

2) Selalunya result educamp ni ambil masa berapa lama?

It's depend actually, boleh ambil masa sebulan or lebih tapi takde la sampai setahun. Korang boleh tanya pada interviewer masa korang kena interview tu dan selalukanlah check laman web UTP :)

3) Flow educamp

First, ada briefing session with the candidates and their parents also. Then candidates akan pergi ke lab yang disediakan untuk menjawab dua tests dan sesi interview.

Kalau korang dapat sesi pagi, around 12 noon dah habis. Kalau sesi petang, around 6 pm dah habis.

4) Semester in UTP

Kalau korang apply for Mac intake, educamp korang will be around bulan 1 dan kalau successful korang akan masuk dalam bulan Mac. Intake ni untuk asasi / foundation.

Kalau korang apply for Mei intake, educamp korang around bulan April, dan kalau successful korang akan masuk dalam bulan Mei. Intake ni untuk undergraduate.

Kalau korang apply for Julai intake, educamp korang not sure tpi dalam bulan 6 rasanya. Kalau successful korang akan masuk dalam bulan Julai. Intake ni untuk asasi / foundation.

Kalau korang apply for November intake, educamp korang Fatin tak sure tapi around bulan 9 / 10 camtu rasanya. Kalau successful korang akan masuk bulan 11. Intake ni untuk undergraduate.

5) Yuran

Yuran ni korang kena apply sendiri sebenarnya, ada yang fully sponsored dan ada yang self sponsored. Macam Fatin still self sponsored. Korang boleh refer jumlah yuran korang dekat laman web UTP :)

6) Attire

Simple attire but formal. Blazer tu tak berapa perlu. Kalau nak pakai boleh je. 

Okay, sampai situ saja. For any inquiries, do email me, firzanahfallice97@gmail.com.

Thank you and Assalammualaikum :)


 

Wednesday, September 14, 2016

Hati

Assalammualaikum semua dan hai :)

Harini Fatin nak kongsi sikit soal peribadi, yup, soal hati.

Sebelum tu, kalau ada yang tak berminat, tak perlu la nak baca, mungkin bagi korang bosan kan, tapi ni apa yang Fatin rasa dan Fatin nak cerita, paling tepat, nak LUAHKAN :)

Okey, kalau dalam term informal, yes, Fatin start berjinak-jinak dalam percintaan since Form 1 lagi with my own classmate, tapi masa tu tahan seminggu je sebab Fatin mudah bosan. Suka someone tu sekejap2 je, yelah masa tu budak lagi kan. Kanak-kanak riang lagi nak cuba benda baru pastu bosan hahahha. Kitaorang jumpa dalam kelas, act like nothing and just texting each other. Yes, sebelum tu kitaorang kenal2 la not sure how long but kitaorang bercinta seminggu je.

Second, bila Form 3 if I'm not mistaken, yang ni pun term informal jugak, dengan budak sekolah lain tapi still in daerah sama. Masa tu budak2 sangat lagi and I know nothing. Masa tu tak pernah jumpa langsung and just texting each other je. For how long I was not remembered :)

Third, yes yang ni Fatin dah start serius sebab bercinta dgn dua pupu sendiri and yes dia tua 4 tahun. Masa tu Fatin Form 4 and kenal dia masa kat kenduri family and he added me on fb. We chatting in fb then texting and so on. Yes, kitaorang pernah jumpa tapi tak pernah dating. Fatin tak pernah dating walaupun time tu bercinta. Tapi bila dah serius, dia pulak buat perangai so this time tahan la dalam 6 bulan lebih. Yes, waktu tu Fatin memang teramat serius tapi tak kekal lama jugak.

Proses penyembuhan tu ambil masa selama setahun lebih jugak la. Masa tu Fatin mula rapat dengan someone ni and until now kitaorang masih rapat. Alhamdulilah. Tapi masa tu Fatin ambil keputusan tolak perasaan Fatin kat dia dengan cara Fatin kena rapat ngn someone lagi utk lupakan dia. It sound weird but this was happened.

Fatin denied this feeling sebab Fatin fikir kitaorang cuma kawan baik and tak akan pernah bercinta. So, Fatin ada kenal2 dengan someone sama umur tapi sekolah lain, but still daerah yang sama. Fatin akui dia memang teramat baik dan Fatin memang jatuh hati dekat dia. Hubungan kitaorang serius, dating tu ada la tapi bukan berdua sebab Fatin tak biasa dan taknak biasakan. Kitaorang selalu jumpa kat library daerah lepas wktu sekolah ditemani kawan Fatin dan kawan dia.

Tapi lepas kitaorang dah habis SPM, Fatin dah masuk U tapi dia still taknak mohon mana2, Fatin rasa geram, Fatin rasa dia tak usaha untuk improve diri dia. Fatin sokong dia masuk maahad, tapi lepas 6 bulan kat situ dia keluar dan bekerja. Fatin tahu dia bukan dari keluarga senang tapi Fatin buta tak nampak usaha dia untuk improve diri dia. Lepas setahun lebih kitaorang putus sebab dia cakap Fatin ni melalaikan and so on. Fatin pun dah tak ingat tapi lepas 6 bulan tu dia dapat masuk askar dan sekarang dah tamat latihan. Tinggal nak tunggu tempat mana dia perlu berkhidmat je.

And yes masa tu hubungan Fatin dengan bestfriend Fatin since form 4 tu masih rapat dan terlalu rapat but still I wanted to keep this feeling. Surprisingly, Fatin tak ingat langsung waktu dia ada tanya Fatin and I already rejected him. Dia kan selalu berkias-kias. Fatin pun tak sedar waktu bila Fatin reject dia dan sekarang Fatin rasa rugi sangat tapi perkara tu dah lepas.

Masa kat U, Fatin ada la kenal ngn beberapa senior dan ada tersangkut dengan someone. But after 6 months jugak Fatin tak dapat lelaki yang Fatin nak sebab semua yang Fatin bercinta ni semua bukan atas kehendak Fatin sendiri. Dia terlalu extreme, selalu nak bangkang and selalu nak provoke Fatin. Dan Fatin memang tak suka lelaki jenis macamtu. Teramat menyesal dengan semua ni tapi Fatin percaya ni semua proses dalam kehidupan.

Masa awal tahun ni, bestfriend Fatin dapat trace perasaan Fatin kat dia dan Fatin terpaksa mengaku dan malu sangat. Tapi dah terlambat sebab masa tu dia dah with somebody dan baru sekarang Fatin dah boleh terima kenyataan yang kitaorang akan kekal sebagai kawan ja. Dia ada cakap dia dah takde apa2 dengan somebody tu sekarang tapi tak boleh nak bukak pintu hati pada sesiapa.

Sekarang I am single but not available. Fatin nak renung balik kesilapan2 lepas dan tebus balik semua tu. Untuk menyedapkan hati Fatin, Fatin nak anggap semua tu proses kehidupan dan jelas masa tu Fatin memang tak jaga hati Fatin pada yang sepatutnya. Fatin cemburu dengan orang yang tak pernah bercinta dan hati mereka masih suci lagi. Tapi apakan daya, masa tak boleh putar balik dan nasi juga sudah menjadi bubur.

Fatin pun nak fokus betul2 untuk degree study ni dan nak lupakan soal hati. Yes I want to be a heartless person. Start from now on, Fatin nak bercinta dengan orang yang betul2 Fatin suka, Fatin admire. Bukan ulang kesilapan dulu, masa bercinta baru nak kenal hati budi masing2. Fatin taknak tipu diri sendiri dan ulang kesilapan dulu.

 Image result for no love for now

Terima kasih sudi membaca. Assalammualaikum. 

Tuesday, September 6, 2016

DRONE TECHNOLOGY

Assalammualaikum dan hi semua :)

Maaf la bagi blog ni berhabuk lama tak post hehehe, busy deh. Harap korang paham eh.

By the way, harini Fatin nak share pengalaman tahun lepas, heee dah tahun lepas dah, memori lepas masa foundation dulu. Masa tu utk satu course ( English II ) kitaorang ada assignment utk teknologi yang dulunya dalam filem lama-lama tapi sekarang dah wujud kat dunia. Yang dulunya orang angan-angan sampai buat dalam filem tapi sekarang dah muncul di dunia sebenar. So, kitaorang pilih drone technology which was before in the Back To The Future Part II ( 1989 ).


Apa itu drone? Dalam bahasa Melayu...Fatin tak sure sebenarnya drone ni apa, tapi apa yang Fatin tahu, drone ni satu teknologi dimana ia menggunakan kamera untuk menangkap gambar dalam satu keadaan yang lebih canggih. Yes, it was something that can fly + using camera aid.

Kegunaannya, kalau dalam movie Back To The Future Part II tu, ada tunjuk sebagai CCTV untuk ikut anjing tu kat luar dan satu lagi fungsinya dijadikan sebagai pengganti wartawan untuk interview banduan yang baru keluar dari penjara ( if im not mistaken ).

Kenapa Fatin nk share pengalaman ni kat korang?
Sebab Fatin rasa ni antara salah satu pengalaman yang paling berharga yang tak semua orang boleh dapat. From UTP, we went to the first place, jumpa abang2 yang reka sendiri drone and fly drone diorang which I was really amazed of that. Tak semua orang boleh create their own drone and fly that by themselves. It's like wow!!!!



So creative and innovative right? Basically abang2 tu semua jadikan drone ni as their hobbies when they had their leisure time. Diorang nis semua expert user of drone okay. And mostly diorang semua dah berkerja, dah berkerjaya dan dah berkahwin! Bagus kan diorang?

Some other photos were below this. Enjoy it!



 Okay, first place dah selesai, so we move on to the next destination which was Average Drone.

Pagi kitaorang kat area Shah Alam ( kalau tak silap sebab serius dah lupa sikit2 ), and our next destination was at Setapak. Kitaorang ke kedai yang menjual drones. Kalini kitaorang lihat baaaanyaak drone yang cantik and also have high technology inside there.


So, if korang yang dah berminat untuk memiliki drone boleh la ke blog ini, https://averagedrone.my/ . Korang boleh dapat drone yang korang inginkan kat situ. They also provide services if in case drone korang mengalami kerosakan ke or jadi something to yours drone. 

Okay, that's all from me. Yes, dah berlalu sangat lama pengalaman ni tapi Fatin nak jugak post sebab this is one of my favourite experiences that ive never had before. From UTP to KL for just completing our survey and gained more knowledges of drones.

Before kata-kata pengutup, Fatin nak share our brochure for this assignments. If additional informations regarding drone korang boleh refer dalam brochure ni okay. 

 

Okay gais...thank you sebab sudi membaca entry post ni :)

Thursday, March 24, 2016

FOUNDATION ✔

Assalammualaikum and hai everybody. Thanks coz sudi menyinggah n membaca post ni. Fatin minta maaf sangat sebab tak dapat update. Dah berhabuk dah blog ni agaknya.

First of all, syukur alhamdulillah sangat Fatin dh habis asasi di UTP. Baru sempat Fatin nk bukak blog ni and edit apa yang patut selepas dah hampir sebulan tamat asasi.

Btw, still sempat utk Fatin ucapkan tahniah pada adik2 yang dah ambil sijil SPM, yang takde rezeki jangan risau sebab peluang masih banyak kat luar sana. And welcome to UTP for Mac16 students :)

And before I end my post, I would like to share some photos when I get through my last sem for foundation in UTP.

This time masa habis exam awal and kitaorang ramai2 stay dalam library.

ICT and BIS bergabung lepas semua keluar dari CH.

Still teringat masa mula2 kitaorang dua masuk UTP masa educamp :)


Time ni 2 days before final exam start and I still remember the date 13.2.2016 :)




Tuesday, November 3, 2015

HIKING IN TAMAN NEGARA PENANG

Assalammualaikum and hi everyone...

Dah baca last post Fatin semalam, yg dekat Taman Botani Penang tu. Amacam, best kan Taman Botani? For nature lovers, they would like it so much. Travellers pun sama. But now, I nk post more challenging place.

Last 3 days ago. I follow my mother's school trip to Pantai Kerachut. Bagi yg tak tahu kat mana Pantai Kerachut tu, let me explain you guys more about that.

Pantai Kerachut is one of the best beach in Penang. It was an island actually. Very nice, calm and beautiful beach I've ever been before. I've already been there since I was 14 years old. Now, I'm back to the beach again and saw a lot of changes.

Gambar kt bawah ni, kat jeti, masa mula2 masuk Taman Negara Teluk Bahang tu. Kalau korang nak naik bot, blh naik dari sini. Sebelum masuk ke dalam utk ke Pantai Kerachut, Teluk Duyung and so on, kena daftar dulu ye. Then, baru blh hiking dalam :)






Gambar bawah ni salah satu pokok yang ada kat dalam Taman Negara. Your hiking journey not start yet okay.


Pantai kt bawah ni, kat tepi2 masa korang jalan ke atas lagi. Mostly, pantai ni, ada yang saja jalan2, ada yg picnic, and ada yang memancing.



Okay, your journey dah start. Dalam hutan tu, kalau korang perasan, ada satu jambatan or titi gantung. Tapi tak boleh guna tau. Ikut je jalan yang diberi okay. Be careful when you guys in there.



Alhamdulillah, after about 2 hours in the jungle, finally we arrived there. Korang kena lalu atas jambatan dulu ye utk ke seberang sana. 



Okey, gambar bawah ni pula kalau dari atas jambatan tu, sebelah kiri. Dulu ada ja air kt situ, tapi sekarang dah kering. 



Okey, this one dari right view. Cantik kan pemandangan kt pantai ni? I'm really amazed with the scenery.







Okey, this one was really awesome. You guys mesti pelik kan why ada gambar penyu kat bawah ni. FYI, Pantai Kerachut ni salah satu tempat penyu bertelur. And this is why, pantai kt Pantai Kerachut ni tak boleh mandi and korang tak boleh jalan dekat tepi pantai. Actually, untuk tarikan pelancong, ada tempat untuk korang tengok penyu2 yang sempat diorang simpan untuk jaga dan sebagai tarikan pelancong. Ramai orang luar datang ke pantai ni, termasuk orang dari luar negara. 



This picture below was the boat jetty.


Masa balik tu, kitaorang balik naik bot, tak mampu dah nak hiking bagai. Tambah 2 jam la dduk dalam hutan tu. Naik bot dalam 20 minit++ ja. Dalam perjalanan balik tu kalau korang perasan, korang akan jumpa 3 jenis batu yang unik. First, rabbit stone, turtle stone and the last one, crocodile stone. Then korang akan jumpa Pulau Pandan and so on.




Kalau bagi pendapat Fatin, better korang pergi ke Pantai Kerachut with hiking in there then masa nak balik tu naik bot. Boleh g Teluk Duyung / Monkeybeach sekali. It's like you have travelled the whole Taman Negara tu. Heee. Perbezaan Pantai Kerachut dengan monkeybeach ni banyak. Kerachut tempatnya sunyi sikit, tapi kemudahan semua dh ada like toilet, surau dewan and so on + boleh tengok penyu lagi. But with monkeybeach, korang boleh naik jetski. korang boleh mandi pantainya, and tempat lebih ramai pelancong. 

So, that's all from today. In sha Allah kalau Fatin ada travel mana2 Fatin akan share kt sini lagi. Tq for reading my post. Till we meet again. Assalammualaikum :)


AGE!!!

Daisypath Vacation tickers